Pengendali skuad bawah 15 tahun Malaysia (B-15), P. Maniam, memampunyai resepi tersendiri dalam membentuk anak didiknya dalam laluan memenangi tiga kejohanan berturut-turut, termasuk kejuaraan AFF Bawah 15 di Chonburi, Thailand, 9 Ogos lalu.

Menurut kenyataan daripada laman facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), beliau menerapkan budaya ‘Kita Satu Keluarga’ dalam pasukannya sebagai satu kaedah memastikan pemain berjuang dalam suasana yang menyeronokkan.

70121422_2377691872327563_660106786581250048_n
FOTO: FAM

Justeru itu, beliau mahu pastikan semua pemain bebas daripada tekanan dan menghadapi Pusingan Kelayakan AFC B-16 2020 yang akan berlangsung pada 18-22 September ini di Laos dengan tenang.

“Dengan skuad B-15 tahun ini kita tidak boleh terlalu terapkan sangat misi untuk menang, mereka masih budak-budak dan masih di fasa untuk ‘dibangunkan’.

“Di fasa ini prestasi individu lebih penting dan paling utama setiap pemain perlu ‘enjoy the game’ iaitu seronok berada dalam perlawanan dan bersama pasukan.

“Penting untuk kami (bersama semua kakitangan kejurulatihan) bijak mengawal emosi serta psikologi setiap pemain. Justeru, kita semua ibarat ‘family’ dan rapat dengan mereka yang mana setiap malam kami mempunyai sesi bersembang bagai satu keluarga berkongsi apa saja, masalah, cerita dan gelak ketawa,” dedah Maniam.

afcu16-01

Pada Pusingan Kelayakan AFC B-16 ini, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan J bersama pasukan gergasi Asia, Jepun, Kemboja dan Laos.

“Lepas menjuarai AFF pastinya ramai yang akan memandang kita sebagai pesaing hebat sekaligus menjadi misi utama negara-negara ini untuk menundukkan Malaysia.

“Di sini kami perlu bijak menjaga pemain agar bersedia terutama mental dan fizikal. Semua tugas ini ialah kerja sebagai satu pasukan ‘teamwork’ demi Malaysia,” kata Maniam.

Baca artikel mengenai prestasi skuad Malaysia B-15 ketika dalam kejohanan jemputan antarabangsa di China dan kejohanan AFF B-15 bulan lepas.

Skuad Malaysia B-15 Juara Kejohanan Antarabangsa CFA Selepas Tewaskan Korea Utara

Tandukan Nabil Qayyum Pastikan Malaysia Juara AFF B-15

Australia Tewas Mengejut Ditangan Anak Buah P. Maniam

Sumber